Ahad, 8 Februari 2009

PENERANGAN IRC


Katalah hari ni dapat 10 pair. Maka pairing bonus anda adalah Rm900. Tapi anda cuma dapat 50% sahaja
(Rm450) dan lagi 50% akan di masukkan kedalam SHAREHOLDER FUND. Bila Shareholder Fund ni dah 
sampai Rm6900 dikira mempunyai 1 UNIT SHAREHOLDER FUND. Apa anda dapat bila jadi Shareholder
ni?Anda akan dapat :
Topup Makanan Rm100 setiap bulan selama 5 tahun 
(Rm100 X 60 bulan = Rm6000)
 

SHAREHOLDER

Bonus Tambahan Rm300 setiap bulan selama 2 tahun pertama 
(Rm300 X 24 bulan = Rm7200) 
  Dan
Bonus Tambahan Rm150 setiap bulan untuk 3 tahun berikutnya 
(Rm150 X 36 bulan =Rm5400) 
Jumlah keseluruhan anda dapat bila menjadi Shareholder adalah Rm18,600. Untuk tempoh 5 tahun 
sahaja. Lepas tu habis. Tapi unit anda yang asal masih bergerak seperti biasa.. bawa orang join, tajaan 
dan pairing masih boleh dapat. 



Matching Bonus
 Haaa...Ni untuk ahli yang join 3 ke atas sahaja. Yang 1 tak dapat.nJoin 3 , anda dapat bonus 10% dari bonus orang Level 1.
 Join 7 , anda dapat bonus 10% dari bonus orang Level 1 dan 4% (Level 2).
 Join 10 , anda dapat bonus 10%(Level 1) + 4%(Level 2) + 3%(Level 3).
 Join 15 , anda dapat bonus 10%(Level 1) + 4%(Level 2) + 3%(Level 3) + 3%(Level 4).

Incentive BonusNi untuk yang join 7 bintang ke atas sahaja.Join 7 bintang : Dapat Rm4500 jika anda dapat 90 pair dalam 2 minggu 
  (4 cycle only - 4 percubaan dalam masa 2 bulan).Join 10 bintang : Dapat Rm6000 jika anda dapat 90 pair dalam 2 minggu (4 cycle only).Join 15 bintang : Dapat Rm9000 jika anda dapat 90 pair dalam 2 minggu (4 cycle only). 


SEJAK BILA PROGRAM INI DIJALANKAN?

 Island Red Cafe ini telah dibuka sejak tahun 2006 lagi. Bagaimanapun ketika itu hanya program shareholder sahaja dijalankan dan konsep multilevel ini mula dilancarkan pada 15hb Nov 2008. Konsep ini ternyata mendapat sambutan hangat berikutan begitu ramai leader memperolehi pendapatan harian lebih RM2700 setiap hari. Berikutan itu, hampir keseluruhan cawangan Island Red Cafe penuh sesak dengan ahli-ahli yang begitu sibuk menaja serta memperkenalkan ahli-ahli baru. Peluang anda sangat besar kiranya menyertai program ini pada peringkat awal lagi kerana anda akan berada pada kedudukan carta yang tertinggi.



BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

Program ini dijalankan dengan bermodalkan serendah RM360. Dari RM360 tadi, RM60 dikira 
pendaftaran/kad ahli dan RM300 merupakan ‘prepaid’ untuk makan di restoran-restoran
cawangan Island Red Cafe di seluruh Malaysia. Untuk lebih memudahkan anda ikuti langkah-
langkah berikut:

PERTAMA: Anda hanya perlu join dengan RM360 sekali seumur hidup. 

KEDUA: Anda dikehendaki mengisi borang keahlian serta membuat pembayaran.

KETIGA: Kemudian, kami akan daftarkan anda sebagai ahli IRC.

KEEMPAT: Setelah didaftarkan, No. ID. Akan diberikan kepada anda melalui sms dalam masa 24 jam sahaja. Dengan No. ID. Ini, bolehlah anda menggunakannya untuk makan di restoran-restoran berkenaan. 
KELIMA: Kiranya anda ingin menjana pendapatan, maka anda diminta memperkenalkan dua orang kawan atau lebih untuk join program ini. Lakukan langkah di atas seperti yang anda telah buat. Dengan cara ini, anda akan mula menjana pendapatan pertama. 

2 ulasan:

  1. IRC ADALAH HARAM UNTUK ORANG ISLAM

    Dalam keghairahan kita untuk menjana pendapatan, kita sebagai orang Islam hendak peka dan patuh dengan tuntutan ugama didalam menjalankan segala aktiviti kehidupan kita, terutamanya berkaitan rezeki yang bakal menjadi darah daging kita dan juga seluruh keluarga kita serta generasi kita yang akan datang.

    Apabila saya diberi penjelasan oleh kawan saya berkenaan plan pemasaran IRC iaitu Plan B saya sangat tertarik dengannya tetapi bila masuk Plan A saya dapati ianya adalah jelas merupakan riba dan adalah haram bagi umat islam kerana dengan sumbangan sebanyak RM6600 ahli mendapat RM 300 tunai serta voucher makan bernilai RM100 secara tetap setiap bulan selama 2 tahun berturut-turut dan RM150 tunai serta voucher makan bernilai RM100 secara tetap setiap bulan selama 3 tahun berturut-turut.
    Selepas 5 tahun barulah pendapatan ini tidak berbentuk riba.

    Sumbangan ini adalah dimestikan(tiada pilihan) oleh syarikat IRC kerana pendapatan ahli akan secara automatik dipotong sebanyak 50% dan dikumpul sehingga berjumlah RM6600 supaya layak untuk menyertai Plan A.

    Ulasan saya ini adalah ikhlas dan tiada bermaksud apa-apa cuma kerana ia adalah wajib bagi setiap individu muslim untuk ingat-mengingati dan memberitahu perkara yang sebenarnya.

    Untuk mendapat penjelasan lanjut sila buka laman web ustaz Zaharuddin,

    http://www.zaharuddin.net/content/view/222/72/

    ikhlas dari Zulkifli Mansur

    BalasPadam
  2. Carta di atas sama seperti lain2 money making....

    BalasPadam